Sunday, October 17, 2010

Nabi Adam diarak malaikat selama 100 tahun~

"Diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hingga ke-7 sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan"

~adaPteD from Harian Metro: 13 Ogos 2010~

Pada suatu ketika, Allah menitahkan Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam. Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing2 kembali dengan tangan hampa.

Lalu yg terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah : " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku." 

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: " Ya Izrail, pertama engkau yg Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: " Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yg mengaturny, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab; terbunuh, terbakar atau sakit"

~TANAH BAGAIMANA DIJADIKAN ADAM?~
  1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
  2. Tanah Bukit Tursina
  3. Tanah Iraq
  4. Tanah Aden
  5. Tanah Al-Kauthar
  6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
  7. Tanah Paris
  8. Tanah Khurasan
  9. Tanah (Babylon)
  10. Tanah India
  11. Tanah syurga
  12. Tanah Tha'if

KATA IBNU ABBAS:
  • Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis: di situlah berada otak manusia, dan di situ jua tempatnya akal
  • Telinga dari Tanah Bukit Thursina : kerna dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat
  • Dahinya dari Tanah Iraq: di situlah tempat sujud kepada Allah
  • Matanya dari Tanah telaga Al-Kauthar: tempat manis
  • Tangan kanannya dari Tanah Kaabah: untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia
  • Tangan kirinya dari tanah Paris: tempat beristinjak
  • Perutnya dari tanah Babylon: di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumus manusia ke lembah dosa
  • Tulangnya dari Tanah Bukit Thursina: alat peneguh tubuh manusia
  • Dua kakinya dari Tanah India: tempat berdiri dan berjalan
  • Hati nya dari Tanah Syurga Firdaus:di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan
  • Lidahnya dari Tanah Tha'if: tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

~BAGAIMANAKAH PROSESNYA?~:

  1. ketika Allah mnejadikan Adam, tanah bercampur air tawar, air masin, air hanyir, agin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat".
  2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggagaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
  3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur Allah dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah.
  4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan & Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
  5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yg terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaka roh itu masuk. Akhirnya ia menyerah kepada Izrail.
    Menurut riwayat, ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, maka terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal  warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang; 7 di kepala & 2 liang di bawah badan letaknya.
7 di kepala; 2 liang mata, 2 liang hidung, 2 liang telinga & 1 liang mulut
2 di bawah merupakan liang kemaluan & liang dubur

DIJADIKAN PULA LIMA PANCAINDERA:
  1. Mata : alat penglihatan
  2. Hidung : alat penciuman
  3. Telinga : alat pendengaran
  4. Mulut : alat untuk deria rasa (masam, manis, masin dsb)
  5. Anggota tubuh lainnya seperti telapak tangan, kulit, untuk merasa halus, kasr dsb.

            Selepas roh masuk ke dalam tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya mengambil masa 200tahun. Demikianlah Allah memberikan kekuatan kepada Izrail memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan untuk mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala Adam ;
  1.         Maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna
  2.         Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus melirik ke kiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih keras. Dilihatnya ke kiri dan ke kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadiannya.
  3. Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikan.
Ketika roh sampai ke hidungnya, lalu ia bersin serta mulutnya terbuka.
 ~  Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah.
 ~  Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.
 ~ Kemudian Allah berkata : "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itulah jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanyatiba-tiba sahaja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih lagi tanah keras.
    ~ Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah: " Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa"

Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susuna-susunan isi perut dengan sempurna.
   ~Seketika itu Adam terasa lapar.

Kemudian roh itu terus meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki, lalu terjadi darah, daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

            Apabila kejadian Adam sempuna sebagai manusia, maka dialah jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama sehingga ketujuh sebelum di bawa ke syurga tempat mula2 Adam dijadikan.

No comments:

Post a Comment