“Villa 65” merupakan sebuah persatuan keluarga yang diasaskan oleh pengerusinya, Haji Meor Abdullah Zawawi bin Haji Meor Amaluddin pada 11 September 2010 bersamaan 2 Syawal 1431 Hijrah. Nama “Villa 65” telah dipilih sebagai nama persatuan bersempena nombor kediaman pasangan Allayarham Haji Meor Amaluddin b. Haji Meor Ahmad Ismail dan Syarifah Alawiyah bt. Syed Abdul Wahab yang terletak di Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan.
Tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga keturunan Allayarham Haji Meor Amaluddin b. Haji Meor Ahmad Ismail dan Syarifah Alawiyah bt. Syed Abdul Wahab. Selain itu, ianya juga bertujuan membantu sesama ahli keluarga dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.
Setakat ini, terdapat seramai 59 ahli yang berdaftar sebagai ahli Villa 65. Mereka terdiri daripada 42 dewasa dan 17 kanak-kanak. Angka ini tidak termasuk sebilangan ahli keluarga yang belum masih belum berdaftar secara rasmi. Dijangka bilangan ahli akan meningkat sehingga 82 orang setelah baki 23 ahli berdaftar secara rasmi.
Pelbagai aktiviti akan dirangka serta dilaksanakan bagi menggerakkan persatuan ini. “Program Siltuturrahim Villa 65” yang akan dilangsungkan pada bulan Februari 2011 merupakan aktiviti yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Villa 65. Ianya sebagai langkah proaktif persatuan bagi mengeratkan kerjasama sesama ahli. Pelaksanaan program ini dipimpin/ dikelola oleh saudara En. Meor Mohd Khairy b. Meor Abdullah Zawawi selaku Pengurus Projek (Project Manager).
Diharapkan persatuan keluarga “Villa 65” akan terus berkembang dengan jayanya sehingga ke tahap yang boleh dikagumi suatu hari nanti selaras dengan objektif asas penubuhannya. Namun, penglibatan semua ahli amatlah diperlukan demi mencapai matlamat ini. Ibarat kata pepatah, “Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.”