Sunday, February 6, 2011

Program Silaturrahim Villa 65 Kali Pertama :)

Salam :)


Apa khabar semua warga Villa 65? Diharap berada dalam sihat sejahtera hendak-Nya. Amacam? Best tak Program Silaturrahim yang baru kita sertai ni? 
Intellectual discourse

Alhamdulillah, pertama sekali tahniah kepada semua warga Villa 65 kerana telah bersama-sama menjayakan program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Villa 65. Tahniah kepada Pengarah Program : Saudara Meor Mohd Khairy kerana kecekalannya dapat juga menjayakan program ini. Walaupun terdapat pelbagai kekangan terutamanya dari segi komitmen AJK namun perkara sebegini tidak melenturkan semangat beliau. TAHNIAH!! Tak lupa juga kepada semua AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, terutamanya AJK aktiviti iaitu Sdr. Meor Ahmad Ariff yang menghidangkan para peserta program dengan aktiviti yang menarik serta tidak membosankan..Apapun, tanpa kerjasama daripada semua pihak tentunya program yang bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama ahli tidak tercapai. Sekali lagi TAHNIAH!!


Untuk pengetahuan kalian, berdasarkan tinjauan pendapat yang dijalankan, rata-rata ahli berpuas hati dengan program yang dijalankan. (Statistik belum dikeluarkan ya) Tidak dinafikan terdapat beberapa kekurangan. Namun, diharap kekurangan tersebut bukan sahaja dijadikan teladan malah diperbetulkan pada masa akan datang. InsyaAllah. Yang penting objektif terlaksana.

Saya petik sedikit kata-kata daripada ahli Villa 65 yang menyertai program ini:
"Baguslah program nie.. Dapat bercakap dengan orang yang selama ini tidak pernah bercakap bersama"                                    -Arian Akif-
"Opah suka ahli keluarga buat aktiviti macam ni. Tapi haruslah bermula dengan agama dan disudahi dengan agama"                            -Seripah Alawiyah- 
Okay lah. Tak nak tulis panjang-panjang sangat. Saya letak sikit gambar-gambar program. Cadang-cadangnya nak buat slideshow, videos & photo gallery kat blog nie. Tapi disebabkan kurang ilmu blogging ni so ini jela yang dapat saya persembahkan..Huhu..Mohon tunjuk ajar ya..Bolehla sama-sama cantikkan blog nie..Promote2 ya!! :)


Dua sejoli :)

Bacaan Yasin
Tekun mengisi 5 fakta menarik
Cucu mithali ;)


Wassalam :)


p/s: Tak sabar untuk program seterusnya <3

No comments:

Post a Comment